Wordpress Theme Development Tools

Aku masih mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah penyesuaian tema WordPress yang aku siapkan dengan pelayar Internet Explorer (IE). Setakat ini, tiada masalah dengan pelayar utama lain seperti Firefox, Chrome dan Opera.

Bukan cuma tema Humble saja yang pening aku cari jalan untuk selesaikan, malah tema yang sedang aku gunakan ini juga ada masalah sendiri. Entah kenapa grafik yang aku gunakan sebagai latar tidak keluar bila menggunakan IE padahal tema lain yang aku siapkan ok je. Sehingga aku jumpa tips dan idea yang membuahkan hasil aku memohon maaf kepada pengguna IE sekalian. Lebih baik lagi, bertukarlah ke pelayar lain yang lebih mantap, hebat dan yang menitikberatkan bukan saja pengguna tetapi golongan web developers untuk kenikmatan berganda.  :wink:

themeshaper Wordpress Theme Development Tools

Cukuplah dengan bebelan itu, aku nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan tajuk di atas. Sesiapa yang berminat untuk cuba membina tema WordPress sendiri bolehlah ke ThemeShaper untuk selidik apa yang perlu untuk membina tema WordPress dari asas. Bila sudah faham konsep,  lama kelamaan boleh hingga ke peringkat 12 petala langit tertinggi. Setakat ini yang aku tahu cuma Megat yang bertungkus lumus menyiapkan tema untuk blognya sendiri. Yang lain macamana, ada berani? hehe. Artikel tersebut juga ada direbiu (betul ke ayat tu?) oleh Weblog Tools Collections.

Subuh esok aku bertolak ke KLIA. Naik ‘belon’ ke Sabah. Lepas itu ke Sarawak dan kemudian ke Johor. Semua perjalanan dalam masa 4 hari sahaja. Semua atas urusan kerja. Balik KL kena ke pusat urut rehat sehari untuk kembali cergas. huhu. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai ye.

Blog Widget by LinkWithin

Related posts:

  1. Ramadhan Dan Lagi Projek Menyusul
  2. Raindrops Dan Kontra Kini Ke Udara
  3. Inverse – Free WordPress Theme Sneak Preview
  4. Karmon Free WordPress Theme
  5. Humble – Tema Wordpress Percuma (BETA)
  • 3 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *




    Subscribe without commenting