Karmon Free WordPress Theme
Assalamualaikum. Salam sejahtera…
Hari ni aku bertekad untuk menghabiskan sehingga titik akhir tema ini. Setelah beberapa purnama tema ini tergantung begitu saja kerana masalah pembahagian masa yang amat ketat aku berjaya juga akhirnya. Mungkin ada satu atau dua perkara yang masih boleh dibaiki tetapi aku gumbira dengan hasilnya setakat ini.
Aku jangkakan seperti biasa, tema ini tidak akan kekal lama sebagai tema rasmi Zaryl Dot Com. Kalau ada yang berminat untuk menggunakannya jangan segan atau malu-malu kucing siam dengan aku. Khabarkan saja akan aku lepaskan dengan senang hati. Buat masa ni aku malas nak letakkan tema ini di halaman khas Tema WordPress Percuma.
Seperti biasa, aku mohon jasa baik sesiapa yang ringan jari nak menaip komen untuk memberi cadangan penambahbaikan ataupun jika ada kecacatan dengan tema ini. Terima kasih aku ucapkan.
ps: yang terbaik gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome. Opera pun boleh selain Safari. Internet Explorer? GTH!
Sehingga berjumpa lagi, adios!
Related posts:
- Inverse – Free WordPress Theme Sneak Preview
- Wordpress Theme Development Tools
- An ILLUSORY Hope: New Wordpress Theme
- New WordPress Theme: Dsimple
- Karmon Versi Photo Folio








Sunday, 31 January, 2010 at 4:03
hohoho kembali mengganas kamu di hari lahir ini ye.. hohoho
topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat
Sunday, 31 January, 2010 at 4:13
eh? hari lahir aku ke? patut la ramai yg wish tadi.. ingat silap org
Sunday, 31 January, 2010 at 4:12
artisteer ke? kt page source die pnye coding mest ade art-sheet, art-post, art-blablabla.. hehe..
buat byk2 lagi theme.. aku ade culik 2 3 theme kt page Tema Wordpress ko.. thanks
Anarm´s last blog ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme
Sunday, 31 January, 2010 at 4:15
aku dh bosan guna artisteer bro. susah nk ejas.
yg ni konpem bkn artisteer.. haha
Sunday, 31 January, 2010 at 8:15
apa tu artisteer? hoho…apa2 pun bro..cun dah ni..simple dan tema dari konsep typography ni memang ringan je nak load..
p/s:buat entry ajar wat theme pun ok..uhuk2..
izzat´s last blog ..Irresponsible Malaysian: Stop Any Provoking Actions
Sunday, 31 January, 2010 at 12:13
thanks bro.
artisteer tu software utk bikin tema bro. wordpress boleh, blogspot boleh, joomla boleh.
untuk permulaan ok la. mmg senang nk guna. 5 minit pun dh boleh siap tema yg kita mau. tp kita takkan belajar coding etc kalau guna artisteer.
sbb tu aku guna framework je skarang ni.
basic framework pastu kembangkan semahu2nya
Sunday, 31 January, 2010 at 15:38
comel la.. nak pakaiiii
Luth Textile´s last blog ..6 sebab aku suka tinggal di Pulau Pinang
Sunday, 31 January, 2010 at 19:57
haha. ok. nnt aku kasi gilap biar berkilat baru aku bagi kat hang no
Sunday, 31 January, 2010 at 23:03
menarik, simple.. nak jgk a theme ni.. sesuai untuk live blog. hehe
fahmi ibrahim´s last blog ..Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa
Sunday, 31 January, 2010 at 23:14
hehe.. bole bole insyaAllah. nnt aku kemaskn skit utk dimuaturun eh..
Monday, 1 February, 2010 at 16:41
wah..
theme ni smart giler..
rasa mau curik jer..
Monday, 1 February, 2010 at 17:04
curik? jgn aaa
nnt aku publish utk public ko download la
haha
Wednesday, 24 February, 2010 at 18:21
smart2..baru aku tau..kat sini pun ada lubuk tema wp..hehe
aizuddin´s last blog ..Laman Web Pilihan Untuk Kaki Bola
Wednesday, 24 February, 2010 at 22:30
ingat lubuk ikan je yg ada.. lubuk tema pun ada?
silakan bro.. jgn malu-malu kalau ada yg berkenan.. haha
zaryl´s last blog ..Abang Jo hai abang Jo… Nak ikut boleh?