Posts tagged with “web”

Pixel Trigger Dot Com Berwajah Baru, Lebih Ringan Dan Ringkas

Thursday, 11 March, 2010

Pixel Trigger homepage collage screenshot

Aku ambil kesempatan untuk mempromosikan lamanweb Pixel Trigger Dot Com di sini. Setelah beberapa minggu, sedikit demi sedikit aku melakukan pengubahsuaian drastik terhadap tema dan fungsi laman ini, aku persembahkan kat korang. Read the rest of this entry »

Projek Khas, Model Dikehendaki.

Saturday, 27 February, 2010

Salam semua.

Pertamanya ingin aku maklumkan bahawa aku bukan dikalangan mereka yang digelar profesional dalam bidang fotografi. Aku tidak pernah bergerak aktif walaupun kadang kala aku juga mengambil upah sebagai jurugambar perkahwinan. Sekadar outing sekali sekala dan table talk dengan rakan-rakan sealiran tu adalah…

Aku juga sekiranya ada masa terluang menyiapkan custom album untuk kawan-kawan yang bergelar jurugambar walaupun aku tak pernah pun belajar Adobe Photoshop dan Lightroom secara formal. Walaupun begitu alhamdulillah minat aku terhadap seni fotografi sebagai hobi semakin tersemai dan tumbuh dengan konsisten sesuai dengan pembahagian masa aku dengan kerja hakiki.

Contoh model yang bergaya. Bakat yang terpendam jangan lagi disimpan

Berbalik kepada tajuk asal entri ini, aku dan rakan-rakan ingin mencari sesiapa yang sudi menjadi model wanita untuk projek terbaru kami nanti.  Bukan dari kalangan model yang dah biasa muncul di kaca tv atau mana-mana billboard, cuma wajah baru di kalangan kamu semua yang mempunya ciri-ciri wanita melayu. Antara syarat-syarat mudahnya: Read the rest of this entry »

Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Friday, 22 January, 2010
4294195905 15cffe9d4c Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Lokasi; Hospital Pulau Pinang, originally uploaded by zaryl.

Lepas melawat beberapa tempat projek, aku dan rakan sekerja datang ke hospital untuk menziarahi rakan yang dikhabarkan jatuh sakit sejak beberapa hari lalu.

Jenuh jugak mencari jalan ke sini tadi. 2 tahun aku tinggal di Pulau Pinang tapi itu 10 tahun dululah. Aku pun dah lupa keadaan di sini.. Lagipun banyak yang dah berubah :razz:

Tak sabar nak balik jumpa anak dan isteri malam ni. Rindu tak tertahan lagi.. ;) hehe

Ps: aku ada belikan kereta kawalan jauh untuk anak aku Ikhwan, tapi umur tak sampai lagi setahun. Pendek kata aku la tukang main nanti.. Ekekeke

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com