Friday, 15 January, 2010
Salam pagi Jumaat buat semua yang mungkin sedang tido. hehe… Aku masih di pejabat menyiapkan tugasan. Dan aku tak dapat nak lelapkan mata jadi aku karang entri baru.
Kamu sudah tentu tahu apa itu backlink kan? Pada yang belum tahu atau sekadar nak berlakon buat-buat tak tahu, backlink adalah pautan blog/web kamu yang terdapat di blog/web orang lain.
Read the rest of this entry »
Sunday, 8 November, 2009
Salam semua,
Bertemu lagi kita di ruangan soal jawab tentang langkah-langkah menggunakan Wordpress. Dalam siri yang lalu, peserta tunggal kita iaitu Saudara Ayen telah mendapat jawapan yang dia inginkan tentang ‘apa itu domain dan hosting‘ iaitu langkah pertama untuk menggunakan WordPress yang diidam-idamkannya.
Beberapa hari yang lalu Ayen telah pun berjaya membelanjakan RM15.00 untuk akaun hosting. Ayen dapat 1024MB ruangan dan 20GB bandwith. Juga domain yang bernilai RM35.00 sahaja dari SepakuHosting. Jumlah semua sekali hanya RM50.00 sahaja untuk tempoh setahun. Murah? mestilah… (Ayen jual aiskrim batang buatan sendiri berperisa asam boi untuk belanja beli domain dan hosting tau.
Jangan jeles hehe)
Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel untuk me woop woopp! trivia dulu ye.. Read the rest of this entry »
Thursday, 27 August, 2009
Satu entri pendek memandangkan Zarif Ikhwan mula mengamuk di ruang tamu. Kesian Aziey yang melayannya seorang diri
Untuk makluman, aku baru membuka halaman baru iaitu di bahagian menu yang tertulis Download Wordpress Theme dan Graphics nun di atas sana. Buat masa ini, hanya 2 tema wordpress yang sempat aku kongsikan iaitu Raindrops dan Kontra. Selain itu ada juga ruang untuk aku berkongsi wallpaper yang menarik malangnya masih belum sempat aku upload. Read the rest of this entry »