Tuesday, 29 September, 2009
Salam semua,
Seperti sudah jadi hobi aku menulis di saat mata sudah mula mengantuk. Mungkin sekadar mencari alasan untuk tidak membebel panjang. hehe.
Kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi tema Wordpress yang telah siap diberi nama Illusory. Maknanya cari sendiri ye..
Read the rest of this entry »
Tuesday, 15 September, 2009
Salam semua.
Memandangkan aku menulis di waktu subuh yang sunyi dan hening. Baru lepas bersahur dan akan menunaikan solat Subuh sebentar lagi. Jadi aku akan cuba memendekkan artikel ini seboleh mungkin.
Kali ini aku perkenalkan 2 tema sekaligus iaitu Bright dan juga Easy untuk dimuaturun jika kamu berminat.

Jangan tanya aku kenapa nama-nama ini aku beri. Pemilihan nama tema amat sukar dilakukan. Sampaikan ada masanya aku cuba dapatkan ilham dari kotak rokok untuk mendapatkan nama. hahaha
Kamu boleh muaturun tema-tema ini terus dari halaman WP Themes. Untuk makluman, ada sesetengah tema jika dilihat melalui demo akan menampakkan sedikit keganjilan kerana demo tema adalah berasaskan tema yang sedang aku gunakan dan sudah tentulah lain layout dan rekaannya.
Setakat itu sahaja. Jangan segan bertanya jika terdapat masalah yang dihadapi semasa menggunakan tema-tema ini. Adios.
Thursday, 27 August, 2009
Satu entri pendek memandangkan Zarif Ikhwan mula mengamuk di ruang tamu. Kesian Aziey yang melayannya seorang diri
Untuk makluman, aku baru membuka halaman baru iaitu di bahagian menu yang tertulis Download Wordpress Theme dan Graphics nun di atas sana. Buat masa ini, hanya 2 tema wordpress yang sempat aku kongsikan iaitu Raindrops dan Kontra. Selain itu ada juga ruang untuk aku berkongsi wallpaper yang menarik malangnya masih belum sempat aku upload. Read the rest of this entry »