Sunday, 31 January, 2010
Assalamualaikum. Salam sejahtera…
Hari ni aku bertekad untuk menghabiskan sehingga titik akhir tema ini. Setelah beberapa purnama tema ini tergantung begitu saja kerana masalah pembahagian masa yang amat ketat aku berjaya juga akhirnya. Mungkin ada satu atau dua perkara yang masih boleh dibaiki tetapi aku gumbira dengan hasilnya setakat ini.
Read the rest of this entry »
Sunday, 8 November, 2009
Salam semua,
Bertemu lagi kita di ruangan soal jawab tentang langkah-langkah menggunakan Wordpress. Dalam siri yang lalu, peserta tunggal kita iaitu Saudara Ayen telah mendapat jawapan yang dia inginkan tentang ‘apa itu domain dan hosting‘ iaitu langkah pertama untuk menggunakan WordPress yang diidam-idamkannya.
Beberapa hari yang lalu Ayen telah pun berjaya membelanjakan RM15.00 untuk akaun hosting. Ayen dapat 1024MB ruangan dan 20GB bandwith. Juga domain yang bernilai RM35.00 sahaja dari SepakuHosting. Jumlah semua sekali hanya RM50.00 sahaja untuk tempoh setahun. Murah? mestilah… (Ayen jual aiskrim batang buatan sendiri berperisa asam boi untuk belanja beli domain dan hosting tau.
Jangan jeles hehe)
Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel untuk me woop woopp! trivia dulu ye.. Read the rest of this entry »
Monday, 17 August, 2009
Aku masih mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah penyesuaian tema WordPress yang aku siapkan dengan pelayar Internet Explorer (IE). Setakat ini, tiada masalah dengan pelayar utama lain seperti Firefox, Chrome dan Opera.
Bukan cuma tema Humble saja yang pening aku cari jalan untuk selesaikan, malah tema yang sedang aku gunakan ini juga ada masalah sendiri. Entah kenapa grafik yang aku gunakan sebagai latar tidak keluar bila menggunakan IE padahal tema lain yang aku siapkan ok je. Sehingga aku jumpa tips dan idea yang membuahkan hasil aku memohon maaf kepada pengguna IE sekalian. Lebih baik lagi, bertukarlah ke pelayar lain yang lebih mantap, hebat dan yang menitikberatkan bukan saja pengguna tetapi golongan web developers untuk kenikmatan berganda.

Read the rest of this entry »