Posts tagged with “Encik”

Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup

Sunday, 6 December, 2009

Kad undangan raja sehari, semoga bahagia ke akhir hayat...

Kalau dulu ketika masih muda remaja; belum menganggap diri tua walaupun kini tidak setua pakcik dan makcik sekalian.

Di zaman persekolahan rendah, menengah terutamanya, aku dan rakan-rakan yang rapat di sekeliling punya banyak persamaan biar ada juga sedikit berbeda. Mungkin juga pakcik dan makcik semua juga begitu. Sikap dan perangai yang adakalanya mendapat pujian sekampung adakalanya takĀ  senonoh langsung, kegiatan seharian berkumpul, mandi sungai, main ‘parit gila’, panjat pokok sana dan sini, berbasikal berbatu-batu hanya untuk lupa tentang sebab kenapa berbuat sebegitu kemudiannya, beramai-ramai serbu kedai ‘auntie’ main PS, melepak di rumah rakan-rakan main buat bising main gitarĀ  cabuk dan macam-macam lagi. Niat hati hendak bercerita lebih panjang. Bila memikirkan pakcik dan juga makcik sekalian pun perangai macam tu jugak jadi sendiri harap kenang-kenangkanlah kisah silam masing-masing ye. Read the rest of this entry »

WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe

Sunday, 8 November, 2009

Salam semua,

Bertemu lagi kita di ruangan soal jawab tentang langkah-langkah menggunakan Wordpress. Dalam siri yang lalu, peserta tunggal kita iaitu Saudara Ayen telah mendapat jawapan yang dia inginkan tentang ‘apa itu domain dan hosting‘ iaitu langkah pertama untuk menggunakan WordPress yang diidam-idamkannya.

Beberapa hari yang lalu Ayen telah pun berjaya membelanjakan RM15.00 untuk akaun hosting. Ayen dapat 1024MB ruangan dan 20GB bandwith. Juga domain yang bernilai RM35.00 sahaja dari SepakuHosting. Jumlah semua sekali hanya RM50.00 sahaja untuk tempoh setahun. Murah? mestilah… (Ayen jual aiskrim batang buatan sendiri berperisa asam boi untuk belanja beli domain dan hosting tau. :smile: Jangan jeles hehe)

Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel untuk me woop woopp! trivia dulu ye.. Read the rest of this entry »

WordPress: Bahagian 1 – Domain Dan Hosting

Tuesday, 3 November, 2009

Salam sejahtera.

Sebagai pendahuluan, perlu aku bagitau kepada para pembaca, pengundi, blogger yang sudah otai mahupun yang masih baru menggunakan WordPress sebagai pelantar blog bahawa apa yang ingin aku sampaikan mungkin pernah dibaca dan digunapakai di blog-blog lain sama ada berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan mungkin Tamil dan sebagainya.

Aku mungkin akan ada menceduk atau mendapatkan maklumat tambahan tetapi bukan secara meniru bulat-bulat dan yang seumpamanya. Anggaplah siri tutorial ini sebagai ilmu yang boleh dibuat rujukan di kemudian hari.

Mari mencipta satu watak untuk memudahkan pemahaman. Tak perlu? Alaa… apa salahnya ;-) Wataknya aku bagi nama sebagai Ayen ok? haha.

Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? Ayen perlu membeli nama domain dan sebuah hosting.

Read the rest of this entry »