Wahaha… panjang gila ah tajuk entri ni
oppss.. maaf ye. Salam sejahtera semua…
Mungkin ada yang dapat meneka bahawa entri kali ni juga adalah termasuk dalam senarai entri untuk mengelakkan blog dari terus bersawang
Lantaklah. Yang penting aku ada sesuatu untuk bercerita dan berkongsi dengan kamu semua (semangat untuk menulis sedikit membara dengan artikel 8 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog) hehe.
Untuk pengetahuan kamu, aku ada memiliki koleksi beberapa DVD siri tv dan juga filem. Ada yang aku minat tapi banyak jugak yang aku tak layan. Aku ada terfikir untuk menganjurkan peraduan dan jadikan DVD tersebut sebagai hadiah cuma aku agak kurang idea tentang peraduan apa yang boleh aku anjurkan dan bagaimana dengan sambutannya?








