Tuesday, 9 February, 2010
Salam sejahtera.
Bukan topik semasa atau sebarang ketidakpuasan hati yang nak aku nyatakan di sini. Cuma ingin memperkenalkan sebuah lagi tema baru (belum siap sepenuhnya). Aku akan sampaikan seringkas yang mungkin eh..
Oleh kerana aku masih gunakan identiti yang sama seperti tema Karmon (yang sedang digunakan sekarang) cuma berbeza layout, lebih sesuai untuk blog foto jadi aku namakan Karmon Photofolio. Tak sedap nama tu? Apa la ada pada nama beb
hehe Read the rest of this entry »
Wednesday, 14 October, 2009
Salam sejahtera,
Terus kepada isi yang sebenar (aku bukan pandai bercerita pun) haha…
Cuma sebagai pemberitahuan, aku ada menambah koleksi tema wordpress yang boleh kamu semua muat turun secara percuma. Berbanding tema-tema yang lain, bagi aku tema kali ni adalah yang paling ringkas dan mudah.
Read the rest of this entry »
Tuesday, 15 September, 2009
Salam semua.
Memandangkan aku menulis di waktu subuh yang sunyi dan hening. Baru lepas bersahur dan akan menunaikan solat Subuh sebentar lagi. Jadi aku akan cuba memendekkan artikel ini seboleh mungkin.
Kali ini aku perkenalkan 2 tema sekaligus iaitu Bright dan juga Easy untuk dimuaturun jika kamu berminat.

Jangan tanya aku kenapa nama-nama ini aku beri. Pemilihan nama tema amat sukar dilakukan. Sampaikan ada masanya aku cuba dapatkan ilham dari kotak rokok untuk mendapatkan nama. hahaha
Kamu boleh muaturun tema-tema ini terus dari halaman WP Themes. Untuk makluman, ada sesetengah tema jika dilihat melalui demo akan menampakkan sedikit keganjilan kerana demo tema adalah berasaskan tema yang sedang aku gunakan dan sudah tentulah lain layout dan rekaannya.
Setakat itu sahaja. Jangan segan bertanya jika terdapat masalah yang dihadapi semasa menggunakan tema-tema ini. Adios.