Tuesday, 29 September, 2009
Salam semua,
Seperti sudah jadi hobi aku menulis di saat mata sudah mula mengantuk. Mungkin sekadar mencari alasan untuk tidak membebel panjang. hehe.
Kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi tema Wordpress yang telah siap diberi nama Illusory. Maknanya cari sendiri ye..
Read the rest of this entry »
Tuesday, 15 September, 2009
Salam semua.
Memandangkan aku menulis di waktu subuh yang sunyi dan hening. Baru lepas bersahur dan akan menunaikan solat Subuh sebentar lagi. Jadi aku akan cuba memendekkan artikel ini seboleh mungkin.
Kali ini aku perkenalkan 2 tema sekaligus iaitu Bright dan juga Easy untuk dimuaturun jika kamu berminat.

Jangan tanya aku kenapa nama-nama ini aku beri. Pemilihan nama tema amat sukar dilakukan. Sampaikan ada masanya aku cuba dapatkan ilham dari kotak rokok untuk mendapatkan nama. hahaha
Kamu boleh muaturun tema-tema ini terus dari halaman WP Themes. Untuk makluman, ada sesetengah tema jika dilihat melalui demo akan menampakkan sedikit keganjilan kerana demo tema adalah berasaskan tema yang sedang aku gunakan dan sudah tentulah lain layout dan rekaannya.
Setakat itu sahaja. Jangan segan bertanya jika terdapat masalah yang dihadapi semasa menggunakan tema-tema ini. Adios.
Monday, 24 August, 2009
Buat rakan-rakan seagama, selamat berpuasa. Tak perlu rasanya untuk menerangkan apa kelebihan bulan ini lagipula untuk mengajar tentang hukumnya. Semua aku anggap sudah baligh dan tahu membezakan baik dan buruk tindakan masing-masing. Nak tahu pasal jadual berbuka puasa dan doa selepas berbuka sila ke blog Topo. Nak wallpaper atau grafik berkaitan puasa (dari kartunis Ubi) sila ke blog Chokilalala. Maaf, aku tak dapat menyiarkan artikel berkaitan puasa kerana semua idea dah diambil mereka

Read the rest of this entry »