Thursday, 28 January, 2010
Kau dan aku kini semakin jauh…
Semakin lama semakin kita terpisah dek halangan masa dan keadaan. Aku dan kau tak bersalah tapi ini takdir kita. Bukan niat aku untuk menjauhkan diri tapi aku terpaksa.
Walaupun kita masih berhubungan tetapi mungkin akan sampai masanya untuk kita berpisah. Di saat itu nanti aku harap tiada dendam antara kita dan aku pasti aku akan tetap merinduimu.
Ketahuilah aku masih sayangkan kamu seumur hidupku…
ps: meremang bulu telinga mengarang ayat.. bbrrrrrr
Tuesday, 15 September, 2009
Salam semua.
Memandangkan aku menulis di waktu subuh yang sunyi dan hening. Baru lepas bersahur dan akan menunaikan solat Subuh sebentar lagi. Jadi aku akan cuba memendekkan artikel ini seboleh mungkin.
Kali ini aku perkenalkan 2 tema sekaligus iaitu Bright dan juga Easy untuk dimuaturun jika kamu berminat.

Jangan tanya aku kenapa nama-nama ini aku beri. Pemilihan nama tema amat sukar dilakukan. Sampaikan ada masanya aku cuba dapatkan ilham dari kotak rokok untuk mendapatkan nama. hahaha
Kamu boleh muaturun tema-tema ini terus dari halaman WP Themes. Untuk makluman, ada sesetengah tema jika dilihat melalui demo akan menampakkan sedikit keganjilan kerana demo tema adalah berasaskan tema yang sedang aku gunakan dan sudah tentulah lain layout dan rekaannya.
Setakat itu sahaja. Jangan segan bertanya jika terdapat masalah yang dihadapi semasa menggunakan tema-tema ini. Adios.