Pada yang belum pernah mengikuti tutorial ‘menarik’ berkenaan Apa Itu Domain Dan Hosting, rugi sebenarnya hehe sebab kali ni aku nak memperkenalkan 2 online tools untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan kehendak masing-masing. Kira ni macam sambungan la.. jadi tak perlu kot nak ulang apa pentingnya domain kepada mereka yang inginkan blog atau laman web yang sukses dan hebat.. huhu
Untuk kali ni, aku pilih 2 tools yang terbaik dan mudah untuk digunakan sesiapa saja waima budak tadika sekalipun. Read the rest of this entry »
Pertamanya ingin aku maklumkan bahawa aku bukan dikalangan mereka yang digelar profesional dalam bidang fotografi. Aku tidak pernah bergerak aktif walaupun kadang kala aku juga mengambil upah sebagai jurugambar perkahwinan. Sekadar outing sekali sekala dan table talk dengan rakan-rakan sealiran tu adalah…
Aku juga sekiranya ada masa terluang menyiapkan custom album untuk kawan-kawan yang bergelar jurugambar walaupun aku tak pernah pun belajar Adobe Photoshop dan Lightroom secara formal. Walaupun begitu alhamdulillah minat aku terhadap seni fotografi sebagai hobi semakin tersemai dan tumbuh dengan konsisten sesuai dengan pembahagian masa aku dengan kerja hakiki.
Berbalik kepada tajuk asal entri ini, aku dan rakan-rakan ingin mencari sesiapa yang sudi menjadi model wanita untuk projek terbaru kami nanti. Bukan dari kalangan model yang dah biasa muncul di kaca tv atau mana-mana billboard, cuma wajah baru di kalangan kamu semua yang mempunya ciri-ciri wanita melayu. Antara syarat-syarat mudahnya: Read the rest of this entry »
Sebentar tadi sempat aku layan dvd filem Invictus lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ni arahan Clint Eastwood, salah seorang pelakon senior Hollywood yang mantap lakonannya kini bergelar pengarah filem antara yang hebat Million Dollar Baby. Tapi aku bukan nak buat entri pasal film review tetapi harapan dan inspirasi aku yang dari filem ni. Read the rest of this entry »