Sunday, 31 January, 2010
Assalamualaikum. Salam sejahtera…
Hari ni aku bertekad untuk menghabiskan sehingga titik akhir tema ini. Setelah beberapa purnama tema ini tergantung begitu saja kerana masalah pembahagian masa yang amat ketat aku berjaya juga akhirnya. Mungkin ada satu atau dua perkara yang masih boleh dibaiki tetapi aku gumbira dengan hasilnya setakat ini.
Read the rest of this entry »
Friday, 29 January, 2010

Bila aku bukak emel Yahoo tadi dalam kotak spam ada emel kononnya dari Public Bank Berhad. Aku berjaya ditipu hanya 2 saat pertama sebab hakikatnya aku mana bukak akaun Public Bank pun. Kalau Maybank memang aku ada akaun. Spam macam ni dah banyak kali dapat dan alhamdulillah tak pernah tertipu.
Pertengahan tahun lepas sepupu kepada salah seorang rakan aku sudah terkena. RM10, 000 duit belanja perkahwinan dari tunangnya tinggal separuh akibat tertipu dengan emel yang kononnya dari Maybank. Dalam disangka sudah ramai yang tahu, masih ramai lagi yang cuai dalam hal ini.
Read the rest of this entry »
Thursday, 28 January, 2010
Kau dan aku kini semakin jauh…
Semakin lama semakin kita terpisah dek halangan masa dan keadaan. Aku dan kau tak bersalah tapi ini takdir kita. Bukan niat aku untuk menjauhkan diri tapi aku terpaksa.
Walaupun kita masih berhubungan tetapi mungkin akan sampai masanya untuk kita berpisah. Di saat itu nanti aku harap tiada dendam antara kita dan aku pasti aku akan tetap merinduimu.
Ketahuilah aku masih sayangkan kamu seumur hidupku…
ps: meremang bulu telinga mengarang ayat.. bbrrrrrr