Archive for December, 2009

Wordpress Admin Lebih Cantik Dengan Fluency Admin 2.2

Sunday, 27 December, 2009

Salam sejahtera ke atas kamu…

Entri kali ni mungkin agak ringkas. Masa tinggal sedikit sebelum tayangan filem dimulakan.. hehe.

Sebelum itu kalau kamu semua perasan, tema blog bertukar lagi kali ni. Amat jarang sekali aku gunakan tema yang punyai warna putih secara besar-besaran. Walaupun kali ni aku melanggar ‘prinsip’ tapi aku agak berpuas hati dengan hasilnya. Boleh kalau aku mohon jasa kamu yang sudi untuk memberi teguran sebarang sepatah dua kata kalau ada yang tidak kena pada pandangan kamu? Terima kasih ye..

Tema diinspirasikan (konsep lebih kurang tapi framework berbeza) dari deanjrobinson.com, juga yang menghasilkan Fluency Admin ;)

f22banner Wordpress Admin Lebih Cantik Dengan Fluency Admin 2.2

Terus kepada tajuk, pada yang belum pernah pernah tahu, Fluency Admin adalah wordpress plugin yang mencantikkan dan menambahkan beberapa fungsi tambahan di bahagian admin akaun wordpress kamu. Sila lihat screenshot di bawah dan bandingkan dengan default yang sedang kamu gunakan. Mana lebih cun? hehe Read the rest of this entry »

Entri Ringkas Sempena Hari Ahad Yang Santai

Sunday, 20 December, 2009

Haha. Amacam tajuk? Memang lakonan semata-mata. Padahal sebab dah lama tak dikemaskini dah tu tak ada pulak idea yang bernas lagi kreatif untuk dijadikan bahan. huhu

ikhwan Entri Ringkas Sempena Hari Ahad Yang Santai

Oleh sebab itu, kali ni aku tayangkan je gambar anak lelaki aku masa mandi manda kat sungai belakang rumah bapak mentua aku kat Manong, Perak. Suka bukan main Zarif Ikhwan hari tu. Nasib baik sungai tempat kitaorang mandi tu tak ada lintah :mrgreen:

ps: entri ni boleh gak ditujukan secara tak langsung pada AzmanIshak. hehe. biar bertambah perasaan tak sabar tu :lol: jangan marah ye Man..

Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup

Sunday, 6 December, 2009

Kad undangan raja sehari, semoga bahagia ke akhir hayat...

Kalau dulu ketika masih muda remaja; belum menganggap diri tua walaupun kini tidak setua pakcik dan makcik sekalian.

Di zaman persekolahan rendah, menengah terutamanya, aku dan rakan-rakan yang rapat di sekeliling punya banyak persamaan biar ada juga sedikit berbeda. Mungkin juga pakcik dan makcik semua juga begitu. Sikap dan perangai yang adakalanya mendapat pujian sekampung adakalanya takĀ  senonoh langsung, kegiatan seharian berkumpul, mandi sungai, main ‘parit gila’, panjat pokok sana dan sini, berbasikal berbatu-batu hanya untuk lupa tentang sebab kenapa berbuat sebegitu kemudiannya, beramai-ramai serbu kedai ‘auntie’ main PS, melepak di rumah rakan-rakan main buat bising main gitarĀ  cabuk dan macam-macam lagi. Niat hati hendak bercerita lebih panjang. Bila memikirkan pakcik dan juga makcik sekalian pun perangai macam tu jugak jadi sendiri harap kenang-kenangkanlah kisah silam masing-masing ye. Read the rest of this entry »