Tuesday, 29 September, 2009
Salam semua,
Seperti sudah jadi hobi aku menulis di saat mata sudah mula mengantuk. Mungkin sekadar mencari alasan untuk tidak membebel panjang. hehe.
Kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi tema Wordpress yang telah siap diberi nama Illusory. Maknanya cari sendiri ye..
Read the rest of this entry »
Wednesday, 16 September, 2009

Assalamualaikum w.b.t
Sejuta kemaafan kami sekeluarga memohon dari semua rakan-rakan semua, jika ada kesalahan sama ada kami sedari atau tidak. Sempena Aidilfitri kali ini, kami menyusun sepuluh jari agar sebarang tingkah laku kami, percakapan dan perbualan yang mungkin menyinggung perasaan rakan-rakan semua sepanjang penglibatan kami dalam arena ini dapat dimaafkan.
Semoga kehidupan kita masing-masing terus menuju kejayaan dengan berkat yang diberikan Ilahi, insyaAllah.
Kepada yang akan pulang ke kampung atau berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan yang lain, berhati-hatilah di jalan raya. Aku mengingatkan kamu dan aku sendiri juga.
Salam Aidilfitri dari kami…
Tuesday, 15 September, 2009
Salam semua.
Memandangkan aku menulis di waktu subuh yang sunyi dan hening. Baru lepas bersahur dan akan menunaikan solat Subuh sebentar lagi. Jadi aku akan cuba memendekkan artikel ini seboleh mungkin.
Kali ini aku perkenalkan 2 tema sekaligus iaitu Bright dan juga Easy untuk dimuaturun jika kamu berminat.

Jangan tanya aku kenapa nama-nama ini aku beri. Pemilihan nama tema amat sukar dilakukan. Sampaikan ada masanya aku cuba dapatkan ilham dari kotak rokok untuk mendapatkan nama. hahaha
Kamu boleh muaturun tema-tema ini terus dari halaman WP Themes. Untuk makluman, ada sesetengah tema jika dilihat melalui demo akan menampakkan sedikit keganjilan kerana demo tema adalah berasaskan tema yang sedang aku gunakan dan sudah tentulah lain layout dan rekaannya.
Setakat itu sahaja. Jangan segan bertanya jika terdapat masalah yang dihadapi semasa menggunakan tema-tema ini. Adios.